Wednesday, 29 March 2017

7 Years, 5 Months, 12 Days, I Love You



Hi assalamualaikum :)

Alhamdulillah harini i berkesempatan nak tulis blog. Tajuk blog harini, '7 Years, 5 Months, 12 Days, I Love You.'

Ya, orang yang bernama Hanif Ridwan Bin Jafar adalah orang yang i pernah cinta selama 7 tahun, 5 bulan dan 12 hari.

Terima kasih, sayang. Thanks sebab awak adalah lelaki yang paling i sayang. Sejujurnya, i tak pernah sayang lelaki selama ini. I tahu, i bersalah dalam hal ni. Mungkin dengan sikap i dari kita kenal, you jadi tawar hati. I mengaku tu salah i.

Maafkan i, selama i hadir dalam diri you. Banyak perkara yang i meyusahkan you. Dari dulu sampai sekarang.

Jujur i kata, i tak patut minta you bagi i peluang masa you dengan nani dulu. I patut biarkan you hidup bahagia dengan diaand i tak patut biarkan you buat keputusan untuk pilih dua-dua. Tapi i masih sayang you masatu, i cant do nothing. I tak boleh tipu diri i yang i masih sayangkan you. Tapi Allah gerakkan hati i untuk minta you beri peluang supaya i berubah. Tapi sayang, i berubah untuk jangka pendek.

Jujur i kata, banyak lelaki yang i pernah kenal. You adalah seorang yang paling memahami situasi i. Selalu ada bila i happy & sedih. Tapi i silap, i tak menghargai you. I tak menjaga cinta you. I biarkan you sakit sorang-sorang.

Awak, kalini i taknak berpaling dan i taknak you rasa sakit yang sama bila dengan i. I jadi punca you jadi orang yang tak baik. Maafkan i, hm.

Thanks, pada awalnya you sudi jadi kawan baik i. Selalu msg, call.

Tak mungkin i boleh lupakan semua ni sekelip mata. Tak mungkin. Banyak tempat yang i pergi, kita pergi sama-sama. I tahu, akan mengambil masa untuk pulihkan hati masing-masing. Tapi trust me, Allah dah aturkan yang terbaik untuk hidup kita.

You, if terlintas i dalam fikiran you. Cepat2 mengadu pada Allah supaya lupakan i dari ingatan you. I taknak tiap kali you teringat pada i, you akan menangis. I taknak you menangis. Bangun, pandang kehadapan :)

Selama ni, i pandang remeh bila you cuba buat yang terbaik untuk i. Walaupun peritnya you nak pujuk mak you untuk memaafkan i.

Tapi alhamdulillah, yang buat i tak terlalu sedih sebab kali ni masing-masing lepaskan dengan cara matang.

Gambar yang i letakkan dalam blog ni, i akan biarkan. Sebab walaupun kita dah takda apa-apa hubungan but still i akan anggap you kawan i. Kawan yang sentiasa ada.

Barang-barang yang ada pada i, i akan simpan dengan baik. Jangan risau, i takkan buang :)

Kenangan i dengan you since sekolah sampailah umur kita dah 22 tahun ni, i takkan pernah lupakan. Biarlah kenangan tu terpahat dalam hati i supaya i akan sentiasa ingat orang yang selalu berkorban untuk i, yang selalu nasihat i, datang dari jauh semata untuk menghiburkan i.

Sabarlah, Allah tahu hati masing-masing. I akan sentiasa mendoakan yang you dapat jodoh yang jauh lebih baik :)

You, semoga you tabah. Semoga mak you sihat macam dulu-dulu. Sampaikan maaf terakhir dari i untuk mak you. Anggap i tak pernah hadir dalam hidup you. Maafkan & halalkan semuanya.

Salam sayang,
Fatinah Husna.

No comments:

Post a Comment